Pages

Thursday, October 7, 2010

Muhasabah



Muhasabah diri,ayt y selalu d dgr..simple word,menilai kembali diri sendri dari segi kekurangan diri,xmengulangi kesalahan y sma n segera bertaubat.Muhasabah diri tiap kali sebelum tdo,amatlah di galakkn..2 y aku tau,so jomlh kita tmbhkn ilmu psl muhasabah diri..


Muhasabah.

Berasal dari perkataan hisab, iaitu menghitung. Mengapa kita perlu menghitung amalan kita? Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr (59:18):


18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan), bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.

Jelas daripada ayat ini kita memang dituntut untuk menghitung amalan kita. Urusan dosa n pahala mmg bukan urusan kita, tp kita seharusnye berusaha meningktkn amalan dr sehari ke sehari..


Dalam ayat seterusnya (59:19) Allah memberi peringatan untuk kita tidak melupakan perintah-perintahNya.


19. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).

Perkaitan antara kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa kita menghitung diri adalah dengan mengikuti perintah Allah.

Islam sebagai agama petunjuk kepada penganutnya. Ia bukan hanya teori tapi praktikal untuk setiap urusan manusia. Yang membezakan seorang muslim dan mukmin adalah pada amalannya. Sepertimana Allah menekankan dalam ayat seterusnya (59:20):


20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).

Memang berbeza antara dua golongan ini. Ibarat langit dan bumi. Jurangnya sangat ketara antara penghuni syurga dan neraka. Salah satunya dalam rahmat dan satu lagi dalam kelaknatan.

Jadi timbanglah dengan neraca iman, ke mana lebihnya kita? Ke jalan redha atau kebencian Allah?



Cara2 meningktkn muhasabah diri

01.Mengingati mati.

Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.

02.Mengingati kelemahan diri.

Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.

03.Tidak membesarkan kekurangan orang lain.

Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.


04.Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita.

Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.


05.Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama.

Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.


06.Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri.

Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.


Selamat mencuba..=)

Artikel ni diambil dr ILUVISLAM.COM..

Monday, July 19, 2010

Terengganu

cuti2 malaysia ke terengganu..




masa bertolak : 10.30pm
masa tiba : 6.30 am

Rombongan kali ni seramai 6 org dr negeri y berbeza nk mencri pengalaman n merantau ke negeri pantai timur "Terengganu Darul Iman" @ ganu..pakej pelancongan kitorg ni dlm klas ekonomi gak la,save bajet sbb ktorg tumpang rmh kwn y mmg ank jati trganu..
So,ni cm summary trip ktorg..just 3 hri 2 mlm..

Day 1( 16/7/2010)


Masjid Kristal.
Ktorg naik bot kt masjid kristal,RM 10 sorg..dh rasa cm g Brunei je..lbh krg la,bezanye terengganu negara sendri,brunei negara org..hehe..
best gak la,pusing2 kt sekitar masjid kristal n pulau2 dkt area c2..



Day 2
Sekayu..
Glamour tul nama air terjun sekayu,teringin sgt nk tau..betul ke best kt cni..
best gak la,tp batu byk..air terjun dia pnjg n byk stage.air pn xdalam sgt..sesuai la nk bwk family..just kna berhati2 time nk hujan coz ade fenomena "kepala air".
parking= RM 1.00



port mandi..


Day3
Jln2 sekitar rmh..mcm2 ade,ikan keli,burung merpati,arnab kambing n pokok durian belanda.
Pakcik ciap tlg tgkpkn ikan keli fresh wat goreng..Ni lah antara salah seekor kambing y menyambut ktorg..wah,cm tau2 je org tgkp gmbr dia..


ikan keli y berjaya d tgkp

Desa Murni..
tempat y jual byk tudung y murah2..tp cri punye cri xjumpe y berkenan..ade y berkenan,dh pendek plak..xcomel r nti..hehe..harga mmg berpatutan n murah2..

Pasar Payang..
Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.


T Cafe Food Court
Terletak kt belakng Giant,still bru lg..so dia wat promotion ice cream RM 4.oo..kalo hri biasa RM 4.50. Kitorg order Peanut,cholate,mango,strawberry and chocolate with tiramisu.





masa pulang:8.30pm
masa tiba: 6.15a.m