Pages

Saturday, October 19, 2013

Full day Aidiladha

Assalamualaikum semua..

Selamat hari raya aidiladha 1434H. Ini merupakan kali kedua saya menyambut aidiladha di Johor, bukan bersama keluarga. Walaupun jauh, tapi aktiviti sebelum pergi ke solat sunat raya sama macam saya dekat kampung. Bangun, sapu rumah,kemas rumah,sarapan, dan bersiap untuk ke masjid.

Solat raya kali ini lebih penuh dari tahun lepas,mungkin juga sebab kali ni saya datang lambat sikit..betul2 pukul 8stgh..

kemudian kami bersiap2 untuk ke rumah pensyarah.orang ramai sedang sibuk menyembelih lembu diluar perkarangan masjid..ada 10 ekor semuanya,semua comel2 belaka..ni first time saya tengok lembu kena sembelih,selalu tengok ayam je..


lepas tu kami terus ke rumah dia,makan-makan la..hehe..dah puas makan nasi ayam, nasi impit, lontong dan sembang2..habis la sesi beraya..satu rumah je buat open house..hehe

petangnye pulak kami pergi ke jamuan raya di masjid UTM..first time juga join..sup daging dia memang sedap..panas-panas lagi baru siap. macam banyak nasi dia kan,tapi habis kitorang mkan..terbukti la memang marvelous sup tu..








dah banyak menambah lemak dan kalori,petang beriadah pulak..membakar lemak la kononnye..kesudahannya bergambar..




thanks kepada kawan-kawan yang memeriahkan hari-hari ku..hehe..




selamat hari raya aidiladha semua..

Thursday, June 20, 2013

Orang Malaysia begitukah?

 

Assalamualaikum semua..selamat beristirehat dihujung minggu.. Tapi kenapa terasa macam lagi sibuk dari hari biasa..Dari pagi tadi basuh baju la,sapu rumah, kerja dari pejabat yang tertangguh..Ha,dah dapat jawapannya.._

Tertangguh,Menangguh..

Ni la antara sebab saya suka menulis blog,bila saya tulis,saya berfikir..bila saya berfikir, saya dapat jawapan..bila dapat jawapan, tak jadi la merungut,sebab dah sedar, salah sendiri la kan..haha..

Just nak berkongsi kisah seorang kawan ni..Dia dari Nigeria,duduk sebelah meja saya..Kami biasa-biasa je, tak la rapat sangat..satu hari dia balik dari tapau makanan..sambil dia makan dia tanya saya

translating into malay..

“ Ada undang-undang dekat Malaysia ke yang kamu tak boleh ajar orang lain”

mula-mula saya tak paham juga,yela..tetiba je tanya macam tu..

Saya jawab la, “ mana ada undang-undang macam tu”..

“ Kenapa bila saya tanya semua student melayu atau cina,mereka tak nak tolong..tak nak share knowledge” (lebih kurang macam tu la..lepas tu dia ada mention beberapa situasi yang dia alami"..)..

Nampak macam dia tak puas hati..tapi saya dengar je apa yang dia nak luahkan..kadang-kadang kita hanya nak ada pendengar setia yang sudi nak dengar, bukan minta jalan penyelesaian..

Lepas tu saya tanya pada dia " Antara banyak-banyak benda yang tak baik, apa yang bagusnya tentang Malaysia? ada tak?” saja nak tengok apa jawapannya..

“Dekat malaysia,ada bekalan elektrik yang tetap..kalau di Nigeria kena ada backup power”

Lega juga dengar, sekurang-kurangnya dia tidak menutup mata hati dan mindanya tanpa melihat kebaikan dan kelebihan Malaysia..

Kemudia saya sambung buat kerja,dan dia sambung makan semula..Tetiba dia bersuara lagi..

“Orang malaysia cakap gentle, tak cakap kuat-kuat dan buat bising..ada orang yang cakap saya tengah marah,padahal saya cakap biasa saja..kami biasa cakap kuat-kuat”

Haha..see..dia dah nampak lebih dari satu kelebihan orang Malaysia..bukan la rasa bangga ke apa..cuma, kalau ada keburukan,mesti ada kebaikannya juga..

Dua perkara yang dia akan cakap pasal Malaysia

1. Mereka tak suka berkongsi ilmu.

2.Mereka suka makan dengan lalat..tak tutup makanan..

haha..ini yang saya fikir tentang dua perkara di atas..

1.sebenarnya,bukanlah tak suka kongsi ilmu..cuma kadang-kadang ada orang dia memang malas nak mencari, membaca dan belajar..mereka suka diajar..

macam masa kita mula-mula masuk Universiti juga la..antara perkataan yang selalu dengar “ Di universiti semuanya sendiri,bukan macam di sekolah,semua cikgu bagi, semua ilmu disuapkan”..mesti korang pernah dengar kenyataan tu kan..

memang seronok di ajar dari belajar sendiri..dibimbing..ada benda kita perlu berguru,ada benda yang kita boleh google sendiri..bukan senang menjadi cikgu..Nerd smile

2. Dia tersilap beli makanan dekat tempat yang banyak lalat..itu je kesimpulannya..haha..lalat memang la ada,kalau dia datang kita akan halau..bukan berkongsi dengan lalat..

Apa-apa pun,dia antara salah seorang kawan dari bangsa,agama dan negara yang lain..seronok juga tau apa yang mereka fikirkan pasal kita..

Dah asar pun..jom solat asar dulu..jumpa lagi..