Selamat hari raya aidiladha 1434H. Ini merupakan kali kedua saya menyambut aidiladha di Johor, bukan bersama keluarga. Walaupun jauh, tapi aktiviti sebelum pergi ke solat sunat raya sama macam saya dekat kampung. Bangun, sapu rumah,kemas rumah,sarapan, dan bersiap untuk ke masjid.
Solat raya kali ini lebih penuh dari tahun lepas,mungkin juga sebab kali ni saya datang lambat sikit..betul2 pukul 8stgh..
kemudian kami bersiap2 untuk ke rumah pensyarah.orang ramai sedang sibuk menyembelih lembu diluar perkarangan masjid..ada 10 ekor semuanya,semua comel2 belaka..ni first time saya tengok lembu kena sembelih,selalu tengok ayam je..
petangnye pulak kami pergi ke jamuan raya di masjid UTM..first time juga join..sup daging dia memang sedap..panas-panas lagi baru siap. macam banyak nasi dia kan,tapi habis kitorang mkan..terbukti la memang marvelous sup tu..
dah banyak menambah lemak dan kalori,petang beriadah pulak..membakar lemak la kononnye..kesudahannya bergambar..
thanks kepada kawan-kawan yang memeriahkan hari-hari ku..hehe..
selamat hari raya aidiladha semua..